Tafsir Quran

Friday 28 October 2011

KAMI RINDU MUHAMMAD

yaa Rasulullah ,
Sedihnya kami khilangan muh ,
perit rasa hatii telah kau tinggal kan .

yaa Rasulullah ,
kamii umat muh , sangat merinduimuh ,
walaupun kmi tidak penaa ketemuh dengan muh . 
tapi ?
perasaan hatii sangat memerlukan muh ..

yaa Rasulullah ,
kauLah insan yg terpilih ,
kauLah kekasih Allah ,
kau juga adalah pemberi syafaat kpda kmii ..

yaa Rasulullah ,
betapa zalim nya kmi dgn ajaran muh ,
kao memberikan kmi kesenangan dengan berpandukan Al`Quran dan As-sunnah muh ,
sebagai pendidik diri kami ..

yaa Rasulullah ,
tidak puas akuh meratapi pemergian muh .
kami ditingalkan sirah2 tntg khidupan muh ..
untuk kamii mnghayatii perjalanan hidup muh ,

yaa Rasulullah ,
trima kasih atas perjuangan muh terhadap umatmuh ,
engkau adalah penyuluh hidup iinii ,
engkau teladan hidup inii .

yaa Rasulullah , 
kami rindu padamuh , 
walaupun rinduu kami tidak sebesar rindu engkau kpda kami ..

terima Kasih yaa RASULULLAH ..

by: Wandy Rasyid KCR3.

MACAM-MACAM ADA

 "Apa ba yg bau nie, sdh la mata tertutup, hidung lagi tetutup, bau tengit...."

 "Arghhhhhhhhh...ada org ka aaaa blkgku nie aaaaa, nanti dia tecium mcm bau telur, sengsara aku d pukul"

 "Gua mana pula di Masjid Daerah nie...sempit lagi tu"

 "Eeeee...siapa ba tarik baju ku nie, hampir nampak auratku, nampak bentuk dada...kin panas betul"

"Jangan kamu begitu wa, panas ba aku rasa d atas nie (kena jurus), apa jua kamu buat nie sama aku, aku tendang muka kamu nie" 

 "Allahu Rabbi, punya kick baunya, mcam ndak sanggup mau meneruskan perjuangan"

 "Ah...malas aku ikut cakap dorg nie, mcm2 tu halangan dorg buat, bagus aku ikut sini"

Thursday 27 October 2011

PENGUMUMAN RASMI PROGRAM KEMBARA CINTA RASUL (ASAS) SIRI 04

JAWATANKUASA KCR4

SENARAI JAWATANKUASA PROGRAM KEMBARA CINTA RASUL (ASAS) SIRI 04

PENASIHAT :
 Tuan Imam Mulyadi Hj Kasimin al-Faqir Abu Samah As-Sandakani
(Ketua Belia USIA Bahagaian Sandakan) merangkap
(Imam Kariah Taman Indah Jaya)

KETUA PENGARAH : 
Tuan Ustaz Saruddin Andang 
(Ketua Unit Pendidikan Islam PPD Sandakan)

TIMBALAN PENGARAH 1 : 
Tuan Ustaz Firdaus Hj Said (Ana Masyhur)
(Masjid Nurusyakirin Indah Jaya)

TIMBALAN PENGARAH 2 : 
Hajjah Nur Hasna (Hana Muslimah)

KETUA URUSETIA : Wadi Mds

PENGARAH MULTIMEDIA : 
Sdr. Usman Amir ( Man Ana )

PENGARAH SAJIAN : 
Tuan Ustaz Rosli Abd Latif (Andika Putera)

PENGARAH KESELAMATAN & KEBERSIHAN :
Tuan Ustaz Firdaus Hj Said (Ana Masyhur)

PENGARAH KESIHATAN & KECEMASAN : 
SN Sairrah Haris
(Hospital Duchess Of Kent Sandakan)

PENGARAH TUGAS-TUGAS KHAS :
Encik Noding Supu (Majlis Perbandaran Sandakan)
Tuan Ustaz Sallehin Muin (Sekolah Agaman Negeri (SAN) Tanjung Papat)
Sdr. Mohd Shafie Mohd Ramli (Maybank Sandakan)
Ustazah Shakina Borhan
Ustazah Nursinya Abdullah

TUAN KOMANDAN KEM :
Sdr. Samsul Mohd Sapirah 
(SMK Agama Ranau)

PENOLONG PENYELARAS FASILITATOR :
Tuan Ustaz Suriady
(Pondok Psantren Nurul Ihsan Sandakan)

Cinta Rasul "Bersama Semarakkannya"

Wednesday 26 October 2011

ADAKAH ANDA KENAL?...

Satu Wajah Pelbagai Watak :-

 Guru Besar Sekolah Pondok

Habib Sheikh Kabir

Penulis Lirik Tersohor

"Begini la nasibku sebelum terkenal"

"Bagaimana akan ku uruskan pelajar2 ini"

Bakal Ketua Menteri

"Peace No War"

Karya Agong

Tuesday 25 October 2011

PROGRAM KEMBARA CINTA RASUL???

Program Kembara Cinta Rasul adalah sebuah program yanng telah diilhamkan oleh pihak Belia USIA Bahagian Sandakan khusus mensasarkan kepada remaja Islam masakini. Setelah meneliti dan memerhati keadaan remaja hari ini yang semakin jauh daripada menghayati kehidupan beragama, akhirnya kita dapat mengenal pasti antara puncanya adalah kurangnya pendedahan kepada penghayatan agama, disamping pendekatan kepada penghayatan beragama yang kurang bermotivasi. Oleh itu, pihak Belia USIA Bahagian Sandakan mengenalkan sebuah program yang cuba mengangkat rasa kecintaan kepada Rasulullah sebagai suatu motivasi untuk membuka minda dan hati anak remaja masakini. Diharapkan dengan mengutarakan tema kecintaan kepada Rasul ini, akan menjadi motivasi terunggul untuk melakukan taat kepada Allah dan mengamalkan Sunnah Rasul-Nya. Umum kita semua maklum, kekuatan 'cinta' pasti akan menggerakkan seluruh inci tubuh kita untuk mencapai tujuan cinta kita. Maka, pihak Belia USIA Bahagian Sandakan bekerjasama dengan Masjid Daerah Sandakan menggalas tanggungjawab ini dengan menyusun pelbagai program antaranya, Program Utama : Modul Separa Kem: Kembara Cinta Rasul (Asas), Modul Kem : Kembara Cinta Rasul Tahap 2 (akan datang), Program Alumni dan program-program susulan lainnya. Mudah-mudahan kekuatan Cinta Rasul akan mampu menggembleng remaja Islam kita ke arah yang terbaik bersandarkan akar ukhwah yang dibina dalam Alumni Kembara Cinta Rasul ini. 'Menggilap Fitrah Insan Menuju Cinta Hakiki' sebagai tema pilihan, adalah harapan semua pihak program KCR ini akan menjadikan kita semua berada di atas jalan Cinta Hakiki yakni Cinta Allah dan Cinta Rasul.

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PROGRAM KEMBARA CINTA RASUL (KCR)

Kemunculan awal KCR  bermula dengan penganjuran Seminar Cinta Rasul yang telah dilaksanakan pada 02 April 2010 yang telah dirasmikan oleh : Tan Sri Datuk Seri Panglima Hj Ampong Hj Puyon, Ahli Majlis Tertinggi USIA (Sabah), pada peringkat awal program ini masih lagi dikenali sebagai Program Cinta Rasul. 

Setelah mendapat sambutan dan maklumbalas yang memberangsangkan, pihak Belia USIA melangkah setapak lagi dengan mengilhamkan Program Kembara Cinta Rasul. Program tersebut telah dilancarkan pada 17 Julai 2010/15 Syaaban 1431H bertempat di Pondok Psantren Nurul Ihsan Bt 7 Sandakan dengan Tema : 'Muhammad Ikon Ummah Sepanjang Zaman', telah disempurnakan oleh : Tuan Hj Abdul Hakim Hj Gulam Hassan, Ketua Belia USIA (Sabah). Pada ketika ini,  program ini dikenali sebagai Program Kembara Cinta Rasul  (KCR). Rentetan daripada Pelancaran KCR itu, pihak Belia USIA Bahagian Sandakan sekali lagi mengorak langkah kehadapan. Kali ini, pihak Belia USIA tidak bersendirian apabila pihak Masjid Daerah Sandakan melalui Biro Dakwah Dan Pendidikan yang diterajui oleh Ustaz Rafaeh Md Enarji Al-Hafiz (Imam Daerah Sandakan) turut sama-sama menyahut cabaran untuk memperjuangkan kecintaan kepada Rasulullah. Hasil pertemuan dan perbincangan kedua-dua belah pihak maka terciptalah sebuah modul yang dipanggil sebagai Modul Program Kembara Cinta Rasul (Asas). 
Modul KCR Asas ini telah digunapakai buat pertama kalinya dengan menganjurkan separa kem : Kembara Cinta Rasul (Asas) Siri 01 pada  03, 04 & 05 Jun 2011 bersamaan 02, 03 & 04 Rejab 1432H yang berlangsung dengan jayanya. Kejayaan penganjuran program tersebut telah memberikan suntikan semangat kepada pihak Belia USIA Bahagian Sandakan dan juga Masjid Daerah Sandakan untuk terus menganjurkan siri-siri yang berikutnya.

Selain daripada itu, Program Kembara Cinta Rasul tidak berhenti setakat menganjurkan siri-siri separa kem. Bahkan, sebagai kesinambungan atas kesedaran dan pencerahan yang diterima pada masa separa kem para peserta masih terus terikat dengan 'Keluarga Besar' KCR apabila pada majlis penutupan Program KCR Asas 01, pihak urusetia KCR telah mengisytiharkan semua peserta adalah sebagai Alumni KCR. Maka, bermulalah era baru dalam perkembangan KCR, kembara cinta ini diteruskan lagi, melalui Program Alumni KCR, pihak urusetia berusaha gigih terus menerus melaksanakan pelbagai program bagi melestarikan kesedaran dan pencerahan diri para alumni terhadap kecintaan kepada Rasulullah SAW dengan semangat penuh ukhwah dan kekeluargaan. Pada ketika ini, pihak urusetia sedang berusaha dan merancang untuk melengkapkan Modul Lanjutan iaitu Kem Kembara Cinta Rasul (Tahap 2) bagi memantapkan lagi penghayatan dan pencerahan kepada Alumni yang telah 'dilahirkan' hasil daripada siri-siri Modul Asas KCR.

PROGRAM KEMBARA CINTA RASUL (ASAS)

1. Kem KCR Asas Siri 01
Tarikh : 03, 04 & 05 Jun 2011 bersamaan 02, 03 & 04 Rejab 1432H
Anjuran Bersama : Belia USIA Bahagian Sandakan & Masjid Daerah Sandakan
Tajaan : Belia USIA Pusat, Masjid Daerah Sandakan & masyarakat

2. Kem KCR Asas Siri 02
Tarikh : 15, 16 & 17 Julai 2011 bersamaan 13, 14 & 15 Syaaban 1432H
Anjuran Bersama : Belia USIA Bahagian Sandakan & Masjid Daerah Sandakan 
Tajaan : Masjid Daerah Sandakan & Masyarakat

3. Kem KCR Asas Siri 03
Tarikh : 15, 16, 17 & 18 September 2011 bersamaan 17, 18, 19 & 20 syawal 1432H
Anjuran Bersama : Persatuan Pegawai Kanan Kastam Sandakan, Belia USIA Bahagian Sandakan & Masjid Daerah Sandakan
Tajaan Sepenuhnya Oleh : Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sandakan.

4. Kem KCR Asas Siri 04 (akan datang)
Tarikh : 24, 25, 26 & 27 November 2011
Anjuran Bersama : Belia USIA Bahagian Sandakan & Masjid Daerah Sandakan

PROGRAM KEMBARA CINTA RASUL (TAHAP 2) - (dalam perancangan)

AKTIVITI-AKTIVITI ALUMNI KEMBARA CINTA RASUL (AKTIVITI SUSULAN)

Majlis BBQ bersama Alumni KCR
Tema : Titian Uhkwah
Tarikh : 25 & 26 Jun 2011 bersamaan 23 & 24 Rejab 1432H

Program Marhaban Ya Ramadhan
Tema : Kumengharapkan Ramadhan Kali Ini Penuh Makna
Tarikh : 30 & 31 Julai 2011 Bersamaan 28& 29 Syaaban 1432H

-Adalah sebuah program yang mengajak para Alumni untuk sama-sama bersedia dan bergembira menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak, sehingga akhirnya kita sama-sama mengecapi makna Ramadhan itu, sungguh ramadhan kali ini terasa amat bermakna buat Keluarga KCR.

Program Ukhwah Ramadhan
Tema : Kami Mendambakan Maghfirah-Mu
Tarikh:13 Ogos 2011 bersamaan 13 Ramadhan 1432H

Program Khatam Al-Quran (Ramadhan)
Tema : Al-Quran Penyuluh Hidup
Tarikh : 27 Ogos 2011 bersamaan 27 Ramadhan 2011H

Open House Aidilfitri KCR
Tarikh : 24 September 2011 bersamaan 26 Syawal 1432H
- program mengukuhkan ikatan ukhwah sesama alumni

Kelas Bimbingan Fardhu Ain (Mingguan)
Pada setiap hari sabtu & pada hari-hari cuti sekolah/umum
-pelajaran tauhid, fikah, sirah & akhlak

Program Gempur Iqra & Celik Al-Quran (mingguan dan sepanjang masa yang terluang)
Tema : Jom Gempur Belenggu Itu

SEKALUNG BUDI TERPAHAT DI HATI

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong KCR selama ini:

Pertubuhan Islam Seluruh Sabah/ United Sabah Islamic Asociation (USIA) Pusat, Masjid Daerah Sandakan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sandakan, Syt. Andikah Jaya Sdn Bhd, Syarikat TNS Sdn Bhd, Syarikat Hai Joo Backery, Akademi Pemandu Ramah, Klinik Wawasan sdk, klinik Shahriani Sdk, Syt. Pengangkutan Bas Sida, Encik Aman Latip dan kepada semua pihak yang tidak tercatat namanya di sini. 
Semoga Allah membalas kebaikan ini dengan kebaikan yang lebih baik.

Maklumat lanjut :

Imam Sariwadi Ahmat
Ketua Urusetia
Program Kembara Cinta Rasul
Aras Bawah, Pejabat Pentadbiran Imam
Masjid Daerah Sandakan, Jalan Buli Sim-sim
Peti Surat 1576, 90717 Sandakan, Sabah.

FB: Wadi Mds @ Ketua Urusetia

Tel. Pej : 089-224567 Fax : 089-227567

Tel.Bimbit : 0128161697 @ 0148633879

KENANG-KENANGAN

"Ish...ape dorg nk buat kt kite nie eeee?..takut la.." (besemenanjung lagi)

"Adui...kuyak ba bajuku"

"Tabik pacik Security"

Ketua Kastam Cawangan Sandakan

"Ini Kali la..."

"KCR 3"

Menjamu Selera

Tanda Ukhwah

"Solaaaatun"

PENGHAYATAN DI LOTENG

03 Oktober,, Malam ini adalah malam yang terindah bagi kami 4 orang sahabat , Ideal Perindu Jannah , Muhd Firdaus , Yusran Budiman Samsudin , & saya sendiri Mohammad Hanafi . . .

Semuanya bermula sewaktu kami bercadang untuk membuat penghayatan di loteng Masjid Daerah Sandakan. Semenjak mengikuti program Kembara Cinta Rasul, kami amat suka membuat muhasabah diri seperti penghayatan.Tepat pukul 11:30 malam, kami pun bersiap sedia untuk 'MELEPASKAN BELENGGU'. Dengan berbekalkan 3 biji telefon bimbit, sebuah koputer riba dan selimut putih kami pun mengatur langkah menuju loteng masjid. Malam itu amat gelap-gelita, namun kami teruskan perjalanan. Terdetik juga di hati untuk patah balik, kerana suasana yang seram. Sesekali terdengar bunyi yang pelik-pelik, namun kami memberanikan diri untuk meneruskan rancangan kami.

Tiba di loteng masjid, kami mencari 'pot' yang selesa untuk memulakan rancangan kami.Yusran memainkan lagu yang sedih melalui telefon bimbt nya.Masing-masing bersuara, untuk meluahkan perasaan hati masing-masing. Pada kebiasaannya, kita pasti bersedih dan timbul penyesalan jika buat penghayatan dan muhasabah diri, tapi ketika itu kami tidak merasainya. Ia hanya sperti angin yang lalu. 'Mood' untuk penghayatan pun hilang. Kami pun berbual-bual kosong, pasal masaalah, pasal agama, pasal teman wanita pun ada. 

Kami ada berbincang tentang kegagalan kami untuk 'feel' penghayatan pada malam itu. Kata Yusran, air mata itu turun daripada Allah S.W.T, kita tidak boleh memaksa. Aidil yang pada ketika itu tertidur sebentar, bangun dengan tiba-tibanya lalu bertanya kepada kami, "Kamu tahukah maksud jatuhnya air mata? Bermakna kita semakin dekat dengan cinta hakiki." . Kami tersentap dengan kata-katanya itu. Kami memandangnya dengan muka yang hairan. Lalu Aidil menuding jari ke langit yang luas terbentang itu, di atas tempat kami berbaring, kalimah 'ALLAH' kelihatan dengan jelas sekali dalam bentuk awan. Masing-masing terdiam.

Di saat itu secara tiba-tiba air mata kami berlinangan. Kami tertangis dengan izin Allah.Kesyukuran kami panjatkan dengan doa. Bersyukur dengan pelunag yang Allah beri, melihat khalimah agungnya secara langsung di tengah malam yang mungkin semua orang telah hanyut dibuai mimpi. Mungkin kami orang-orang yang dipilih Allah, alhamdulillah. Kami pun saling berpeluk-pelukan (seperti yang kita selalu buat lepas penghayatan tu). Pukul 02:30 subuh, kami turun ke bilik imam. Kelihatan Syahmi Perindu Syahid dan Zulhairey yang tekah lena dibuai mimpi. 

Itu lah malam terindah buat kami. Sekian.

By: Mohammad Hanafi, KCR2.

SAHABAT

Sahabat…

betapa gembiranya, senangnya, lapangnya hati 

ini bila bersama denganmu, guraumu 

mengandung makna tarbiyah,

akhlakmu memberikan contoh yang baik untukku,

semangatmu memberikan aku inspirasi di dalam 

hidupku, Tulisan-tulisanmu membeningkan haku,meskipun aku orang besar kepada mu,

tapi aku merasakan aku hanya orang yang kecil di samping mu,

Sahabat…

terima kasih,

Engkau selalu mengingatkanku bila aku dalam kekhilafan,

Senyumanmu menghadirkan sebuah ikatan yang kuat di dalam hati ini,

Sapaanmu menandakan bahawa kau akan membawa aku ke arah cahaya, Langkahmu memunculkan semangat jihadku di samping mu,

Sahabat…

Kelapangan dadamu membuatku santun,

Jiwa pemaafmu bertahta di dalam jiwa ini,

Keikhlasan dalam beramal memancarkan cahaya hatimu,

mewujudkan rasa kerdil di dalam diri ini,

·          
Sahabat…

Allah S.W.T menjadi tujuan hidup kita,

Al-Qur’an dan As-Sunnah adalah pedoman hidup kita,

sahabat, engkaulah contoh bagiku bagi memisahkan kebaikan dan keburukan, sekali lagi wahai sahabat, terima kasih.

Sahabatku…

ku berdoa,

Semoga Allah S.W.T melimpahkan rahmat dan kasih sayangnya kepada kita,

Mudah-mudahan kita selalu berada dalam petunjuk dan lindungan Allah S.W.T,

Di sini dan sana,

Amin ya Rabbal alamiin…

By : Musba Kucing Keganasan KCR3,
25 October 2011 at 11:41am

LAGU TEMA KCR (KEDUA)

LAGU TEMA KCR (PERTAMA)

URUSETIA KEMBARA CINTA RASUL

IMAM AZIZUL RAMLI SAPARUDIN
Pegawai Tadbir Masjid, JHEAINS Sandakan merangkap Imam Bahagian Sandakan (JHEAINS) 
FB : Azizul Ramli Saparudin

IMAM RAFAEH MOHD ENARJI
Imam Daerah Sandakan (JHEAINS)
FB : Rafaeh Mohd

IMAM MULYADI HJ KASIMIN
Ketua Belia USIA Bahagian Sandakan merangkap Imam Qariah Masjid Nursyakirin Batu 4
FB :Al-Faqir Abu Samah As-Sandakani

IMAM SARIWADI AHMAT
Setiausaha Belia USIA Bahagian Sandakan merangkap Imam Rawatib Masjid Daerah Sandakan
FB : Wadi Mds

USTAZAH FARIDAH
Guru KAFA Sandakan II

SDR. NODING SUPU
Majlis Perbandaran Sandakan

USTAZ ROSLI ABDUL LATIF
Hospital Duchess Of Kent Sandakan
FB : Andika Putera

USTAZ SALLEHIN MUIN
Sekolah Agama Negeri (SAN) Tanjung Papat
FB : Sallehin Muin

SDR. MOHD SAFIE MOHD RAMLI
MayBank Cawangan Bandar Sandakan
FB : Mohd Safie Mohd Ramli

SDR. SAMSUL MOHD SAPIRAH
Belia USIA Bahagian Sandakan
FB : Samsul Mohd Sapirah

USTAZ FIRDAUS BIN SAID
Masjid Nursyakirin, Batu 4 Sandakan
FB : Ana Masyhur

USTAZAH NURSHAKINA
Kembara Cinta Rasul
FB : AnNur AsShakina

CIK. NUR HASNA
FB : Hana Muslimah

SDR. USMAN
Belia USIA Bahagian Sandakan
FB : Ckama Mds @ Man Ana

PENGENALAN : KEMBARA CINTA RASUL

Kembara Cinta Rasul atau singkatannya KCR adalah sebuah Program berbantuk Separa Kem yang di anjurkan oleh Biro Dakwah dan Pendidikan Masjid Daerah Sandakan bersama Belia Usia Bahagian Sandakan khusus untuk remaja-remaja bagi menggilap fitrah insani, mengenal Rasulullah saw sebagai satu-satunya contoh tauladan dan ikutan terbaik, merasai kehadiran cinta akan Rasulullah saw, menjadikan Cinta akan Rasul sebagai motivasi terunggul, memahami makna yang terdalam akan Cinta pada Rasul serta melakukan segala perintah Allah swt seperti yang di tunjukkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Hingga ke hari ini, alhamdulillah 3 Siri Kembara Cinta Rasul Modul Asas  telah dianjurkan dengan jayanya. Bermula dengan Kembara Cinta Rasul Siri 1 pada 03, 04 dan 05 Jun 2011, dengan sumbangan dana masyarakat, ia telah melepasi sasaran seramai 80 orang peserta dari beberapa buah sekolah menengah sekitar Sandakan telah menyertainya. Program selama 3hari 2 malam bertempat di Masjid Daerah Sandakan nampak berjaya dari segi penganjuran dan hasilnya. Ramai Alumni-alumni KCR mendatangi Masjid Daerah Setiap hari sebagai kesinambungan pengimarahan Rumah Allah swt.

Atas permintaan yang begitu ketara dari pelajar-pelajar sekolah, sekali lagi Kembara Cinta Rasul Modul Asas dilaksanakan pada 15, 16 dan 17 Julai 2011 di tempat yang sama dengan jumlah perserta mencecah 90 orang di tambah dengan kehadiran 80 orang alumni KCR. Untuk KCR 2 ini, ukhwah sesama warga KCR telah mula menyerlah dan kesatuan Islam telah mula berputik.

Atas kejayaan pengajuran KCR 1 & 2, atas keindahannya, keseronokkan dan manfaat yang telah di perolehi semasa program. Ramai dari warga KCR telah membuka cerita kepada masyarakat  awam betapa indahnya KCR buat warganya. Sehingga khabar gembira itu sampai kepada Ketua Kastam Cawangan Sandakan dan Kastam bersetuju untuk membiayai keseluruhan Program Kembara Cinta Rasul Modul Asas Siri 3. Pada 15,16, 17 & 18 September 2011 Kembara Cinta Rasul Modul Asas Siri 3 sekaligus sambutan Hari Raya Idul Fitri KCR telah di anjurkan oleh Kastam Diraja Malaysia dengan kerjasama Biro Dakwah dan Pendidikan Masjid Daerah Sandakan bersana Belia Usia Bahagian Sandakan. KCR 3 telah melibatkan seramai 111 orang peserta dari SMK Taman Fajar, anak-anak warga Kastam dan dari beberapa buah sekolah menengah di sekitar Sandakan ditambah dengan 170 orang alumni KCR 1&2 . Alhamdulillah, KCR 3 telah menampakkan hasil kemuncak ukhwah warga KCR hinggakan warga Kastam juga merasakan betapa indahnya ukhwah keluarga KCR.

Selain daripada Program Kembara Cinta Rasul, KCR juga telah mengadakan program seperti Sambutan Nisfu Sya’aban, Marhaban Ya Ramadhan, Nuzul Quran, Sambutan Hari Raya Idul Fitri, Kelas Mingguan Al-Quran dan Fardhu Ain dan juga Program “Gempur Al-Quran dan Iqra”. InsyaAllah dengan izin Allah swt banyak lagi program-program yang akan di anjurkan sedikit masa lagi…InsyaAllah Kembara Cinta Rasul Modul Asas Siri 4 dan Kembara Cinta Rasul Tahap 2 akan menyusul… Semoga segala  usaha ini akan diberkati Allah swt dan di jadikan sebagai amal jariah buat kita semua…Amin…:)