Tafsir Quran

Tuesday 25 October 2011

PENGENALAN : KEMBARA CINTA RASUL


Kembara Cinta Rasul atau singkatannya KCR adalah sebuah Program berbantuk Separa Kem yang di anjurkan oleh Biro Dakwah dan Pendidikan Masjid Daerah Sandakan bersama Belia Usia Bahagian Sandakan khusus untuk remaja-remaja bagi menggilap fitrah insani, mengenal Rasulullah saw sebagai satu-satunya contoh tauladan dan ikutan terbaik, merasai kehadiran cinta akan Rasulullah saw, menjadikan Cinta akan Rasul sebagai motivasi terunggul, memahami makna yang terdalam akan Cinta pada Rasul serta melakukan segala perintah Allah swt seperti yang di tunjukkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad saw.


Hingga ke hari ini, alhamdulillah 3 Siri Kembara Cinta Rasul Modul Asas  telah dianjurkan dengan jayanya. Bermula dengan Kembara Cinta Rasul Siri 1 pada 03, 04 dan 05 Jun 2011, dengan sumbangan dana masyarakat, ia telah melepasi sasaran seramai 80 orang peserta dari beberapa buah sekolah menengah sekitar Sandakan telah menyertainya. Program selama 3hari 2 malam bertempat di Masjid Daerah Sandakan nampak berjaya dari segi penganjuran dan hasilnya. Ramai Alumni-alumni KCR mendatangi Masjid Daerah Setiap hari sebagai kesinambungan pengimarahan Rumah Allah swt.

Atas permintaan yang begitu ketara dari pelajar-pelajar sekolah, sekali lagi Kembara Cinta Rasul Modul Asas dilaksanakan pada 15, 16 dan 17 Julai 2011 di tempat yang sama dengan jumlah perserta mencecah 90 orang di tambah dengan kehadiran 80 orang alumni KCR. Untuk KCR 2 ini, ukhwah sesama warga KCR telah mula menyerlah dan kesatuan Islam telah mula berputik.

Atas kejayaan pengajuran KCR 1 & 2, atas keindahannya, keseronokkan dan manfaat yang telah di perolehi semasa program. Ramai dari warga KCR telah membuka cerita kepada masyarakat  awam betapa indahnya KCR buat warganya. Sehingga khabar gembira itu sampai kepada Ketua Kastam Cawangan Sandakan dan Kastam bersetuju untuk membiayai keseluruhan Program Kembara Cinta Rasul Modul Asas Siri 3. Pada 15,16, 17 & 18 September 2011 Kembara Cinta Rasul Modul Asas Siri 3 sekaligus sambutan Hari Raya Idul Fitri KCR telah di anjurkan oleh Kastam Diraja Malaysia dengan kerjasama Biro Dakwah dan Pendidikan Masjid Daerah Sandakan bersana Belia Usia Bahagian Sandakan. KCR 3 telah melibatkan seramai 111 orang peserta dari SMK Taman Fajar, anak-anak warga Kastam dan dari beberapa buah sekolah menengah di sekitar Sandakan ditambah dengan 170 orang alumni KCR 1&2 . Alhamdulillah, KCR 3 telah menampakkan hasil kemuncak ukhwah warga KCR hinggakan warga Kastam juga merasakan betapa indahnya ukhwah keluarga KCR.

Selain daripada Program Kembara Cinta Rasul, KCR juga telah mengadakan program seperti Sambutan Nisfu Sya’aban, Marhaban Ya Ramadhan, Nuzul Quran, Sambutan Hari Raya Idul Fitri, Kelas Mingguan Al-Quran dan Fardhu Ain dan juga Program “Gempur Al-Quran dan Iqra”. InsyaAllah dengan izin Allah swt banyak lagi program-program yang akan di anjurkan sedikit masa lagi…InsyaAllah Kembara Cinta Rasul Modul Asas Siri 4 dan Kembara Cinta Rasul Tahap 2 akan menyusul… Semoga segala  usaha ini akan diberkati Allah swt dan di jadikan sebagai amal jariah buat kita semua…Amin…:)

No comments:

Post a Comment